30 March, 2017

Cara Nieyl Turun Berat Badan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Cara Nieyl Turun Berat Badan | Ada orang tanya soalan, selalu masak sedap-sedap macam mana berat boleh turun. Actually, memasak adalah satu rutin harian nieyl untuk pastikan perut en.husband dan mak ayah kenyang setiap hari. Tipu kalau kata kita masak ,kita tak rasa nak makan kan..pasti ada walaupun secubit. So, ada masanya nieyl akan balik rumah cepat..terus masak nasi dan lauk semua kalau dlm pukul 6 tu semua dah siap, nieyl akan terus makan dulu..jadi,malam tak perlu lagi nak makan. Tapi tak boleh buat selalu la,kesian dekat en.husband makan sorang-sorang..


Hari selasa yang lepas genap sebulan nieyl amalkan pemakanan yang sihat dan bersenam sikit-sikit dan amalkan supplement..So,inilah hasilnya daripada berat 85kg now turun 5.2kg dalam masa sebulan. Alhamdulillah.. (tak malupun bagitahu berat sebenar) 




Nak bagitahu, pengambilan air kosong setiap hari sangat penting untuk tahap kesihatan kita tau, sejujurnya nieyl sepanjang hari hanya minum air kosong sahaja no air manis. Sebab makanan yang nieyl makanan sudah cukup glukosanya. Sehari nieyl akan minum lebih kurang 2 liter air kosong macam tu..Kalau air berlebihan pun tak elok untuk kesihatan. Dekat bawah ni ada cara nak kira berapa liter air yang kita kena minum sehari.

Weight in kilogram/30 = _______ liters (jumlah air min yg diperlukan)


Sekarang nie setiap pagi akan naik dari lobi ke tingkat 6, wah untuk first day..memang sangat mencabar, penat, semput, mengah dan tercungap-cungap rasanya. Nieyl buat sehari 2x, waktu pagi jam 7.15 pagi dan selepas lunch dalam pukul3. Nasib baiklah opis nieyl tingkat 6 je..klu tingkat 12.. cepatlah nieyl kurus..hihihi...


Yang paling penting dalam usaha menurunkan berat badan ini adalah supplement yang membantu proses turun berat badan berjalan dengan lancar. Rasanya dah banyak kali nieyl share tentang lecithin nie, ianya sangat bagus untuk mereka yang ingin turunkan berat badan dengan bajet mampu milik. Lecithin ini banyak bantu nieyl kurangkan inci di bahagian perut, dada dan lengan. InsyaÁllah ada rezeki nanti nieyl akan + dengan omega guard untuk membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat dan selamat. Sehari nieyl akan ambil 6 biji,selepas makan lunch dan dinner.. :) Tapi jiwa kena kental dan kena konsisten.


Ini pula gambar nieyl yang terbaru, sangat happy pagi tadi bila baju yang dah 2 tahun tersimpan dalam almari, kini boleh disarung dengan tiada sebarang masalah ataupun ketat di mana-mana bahagian..yeayyy...kalau korang nak turun berat badan, kena usaha, bersenam walaupun sedikit dan makan makanan yang berkhasiat.

Kalau nak dapatkan set slimming shaklee...boleh contact nieyl di media sosial...Jom sama-sama kita usaha..Untuk menjadi lebih sihat...

Moga memberi sedikit semangat dan cara turun berat badan..lain orang lain caranya..♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

8 comments:

  1. wow ! rasa tercabarnya.... nak jugak !

    ReplyDelete
  2. wahhh memang idola sangat nie kak! teringin nak turun berat badan. kena ikut tips akak nie hakhak

    ReplyDelete
  3. Kena ada keazaman yang tinggi dan konsisten.
    Tahniah.

    ReplyDelete
  4. wow..tingkat 6 tu...kalau sy mmg tak mungkin la kot...semoga berjaya

    ReplyDelete
  5. jnji konsisten inshaaALLAH ada perubahan.good luck kak.

    ReplyDelete
  6. Berkesan kan amalkan shaklee ni! :D

    http://www.fatindays.com/

    ReplyDelete
  7. terbaik tips nieyl ni.
    naik turun tangga & num air.
    and actually aida pun amik lecitin & herblax :)
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  8. betul kak..pemakanan kene jaga....
    air kosong pun wajib diminum sebb ianya membantu jugak menurunkn bert bdn

    saya ni je malas nk minum air..kekeke

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)