24 November, 2016

Dulu 5S kini EKSA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Dulu 5S kini EKSA | EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor awam sejak tahun 2010. Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu:

• Imej Korporat;
• Kreativiti dan Inovasi;
• Amalan Hijau
• Persekitaran Kondusif; dan
• Kepelbagaian Agensi.

Objektif utama penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam kepada EKSA adalah untuk membolehkan jabatan/agensi kerajaan:

*********************************************************************************

Semalam audit oleh ketua Zon masing², nama Zon nieyl Zon Nougat. Audit dilakukan untuk melihat workstation masing² seragam dan berimej korporat. Korang tahu lah, kalau masuk bilik nieyl ada bantal pink², ada segalanya berwarna pink lepas tu ada haiwan² peliharan. So, untuk EKSA kena korban semua simpan di dalam bahagia peribadi. 

Yang mana lekat-lekat FM tu semua kena hilangkan dari pandangan, atas meja alat tulis dan perhiasan hanya seluas size A4 sahaja..Nak tengok tak?gambar sebelum dan selepas?hihihi..



Semalam dah banyak kena komen, pagi ini ketua Zon datang lagi buat rondaan..hahaha..so far, bilik nieyl okay tak ada masalah, tindakan komen yang diberi semalam pantas membuat perubahan.. kata ketua Zon..huhuhu..dan satu lagi, dia kata wanginya bilik..hahaha..
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. 5S pun semput kat office Mrs. A nih!
    Dah EKSA pulak ya...

    ReplyDelete
  2. nak 5x pndang2 bru prsan perubahan kat meja seblum da selepas..huhuhu

    ReplyDelete
  3. sebelum dan selepas tetap kemas je nieyl...dont worry lah....

    opis akak baru lepas audit....sebelum audit riuh mcm ape jek berkemas haahahahah

    ReplyDelete
  4. Barulah nampak sikit imej korporat Nieyl
    Kalau ada kusyen tu mmg tak sesuailah Nieyl. Mcm nak bersantai pulak kan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)