28 September, 2016

Insuran Perlindungan Amat Penting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Insuran Perlindungan Amat Penting | Tahukah korang bahawa insuran adalah sangat penting di masa kini dalam melindungi dan membantu pengurusan kewangan dalam kehidupan kita. Ketika ini pun kita di khabarkan dengan penyakit zika yang semakin merbahaya untuk kesihatan kita semua, selain itu kemalangan jiwa boleh berlaku bila- bila masa tanpa kita sedar bila ianya akan berlaku. 

Mungkin disebabkan faktor kesihatan yang masih baik menjadi salah satu sebab kenapa masih ada lagi yang merasakan keperluan insuran tidak perlu dalam kehidupan mereka. Sedangkan kita tahu bahawa sakit ini boleh datang secara mengejut seperti heart attack, cancer dan stroke. 

Insuran pelindungan direka untuk melindungi kos rawatan perubatan swasta seperti kos kemasukkan ke hospital dan penjagaan kesihatan sekiranya kita sakit ataupun ditimpa kemalangan. Perlindungan insuran disediakan oleh syarikat insuran yang berlesen sebab kita ambil premium dan kita bayar every month for insurans tu. Tapi berhati-hati dunia lebih canggih macam-macam kes penipuan banyak berlaku. Oleh yang demikian,korang kena kenal pasti syarikat insuran itu berlesen atau tidak , sah atau tidak sebelum mengambil apa-apa premium dari mereka.

Sebelum membeli sebarang insuran, korang kena lebih bijak dalam membuat pilihan kerana setiap polisi berbeza mengikut pelindungan,manfaat dan kos serta perkhidmatan juga berbeza mengikut syarikat.Jadi, tanya kawan-kawan yang lebih arif dan buat perbandingan dulu. Supaya kita tidak tersalah membeli insuran. 

Semoga korang-korang semua dah ada insuran perlindungan diri dan family... Sediakan payung sebelum hujan adalah lebih baik daripada dah hujan baru kita nak cari payung :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. Reen sampai sekarang masih tak ambil insurance perlindungan.. Kena research betul-betul which one yang better offer..

    ReplyDelete
  2. Betul tu, sekurang2nya kita perlu ada insuran yang bakal melindungi kita.
    Ambil semasa usia muda lebih menguntungkan.

    ReplyDelete
  3. Betul. Insurans sangat penting sekarang..

    ReplyDelete
  4. aida sekeluarga ada insuran perlindungan / pendidikan.
    awal2 da amik. utk sekarang da masa depan...
    aida amik yg takde medical card.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)