29 September, 2016

Derma Darah bagus ke?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Derma Darah bagus ke? | Kali terakhir hari yang nieyl derma darah, actually nieyl ada ajak my sister in law join derma darah. Rupanya sebelum ni dia tak pernah sekali pun derma darah, so dia agak excited bila nieyl kata derma darah ni sangat best dan dia akan membuatkan kita bersemangat membantu orang lain kalau niat kita nak derma tu memang nak membantu mereka yang memerlukan. 

Bila sampai dekat tempat derma darah tu, nampak juga la dia macam takut-takut sebab first time kan, jadi dia banyak bertanya pada doktor benefit pada tubuh badan kita kalau kita derma darah. Doktor terangkan bila kita dah derma darah, badan kita akan proses darah yang baru. 

Bagi kaum wanita kita bersyukur kerana kitaran haid setiap bulan membantu mengeluarkan lebihan atau sisa zat besi yang boleh menyebabkan kerosakkan sel dan tisu serta beberapa masalah kesihatan yang lain. Selain itu bagi wanita yang dah menopaus,paras zat besi akan meningkat dan bagi menyingkirkan serta rsiko sakit jantung boleh di elakkan hanya dengan menderma darah.

Yang lebih menarik,kajian persatuan perubahatan amerika syarikat juga mendedahkan bahawa menderma darah setiap 6 bulan dapat mengurangkan serangan jantung dan strok serta mengurangkan risiko kanser. Proses yang hanya mengambil masa selama 7-10 minit ini mampu membakar kalori kerana dalam satu pain darah, dalam 650 kalori dapat dibakar dalam badan kita.

Ada orang kata ruginya derma darah.....
Sebenarnya tidak ada istilah rugi dalam menderma darah nie, penerima mendapat darah, penderma dapat manfaat kesihatan. Dengan darah kita,mungkin mampu selamatkan 2 3 nyawa tau...jadi,jangan takut untuk menderma darah. :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

7 comments:

  1. Serius akak x pernah derma darah..kalau dulu asyik berat x cukup pastu menyusu lepas ni nak try jugak

    ReplyDelete
  2. BANYAK MENAFAAT DERMA DARAH NI TAPI XPERNAH CUBA JUGA

    ReplyDelete
  3. Banyak faedahnya menderma darah ni.
    Untuk diri kita, lebih2 lagi si penerima darah.

    ReplyDelete
  4. xpernah lagi buat
    sebab drah xckup..huhu

    ReplyDelete
  5. Dulu takut. Bila dah menderma darah sekali, dah tak takut dah. Bagus menderma :)

    ReplyDelete
  6. tak pernah buat sebab selalu tak lepas syarat yang dia nak :(

    ReplyDelete
  7. aida x pernah derma darah.
    bukan kedekut, nieyl.
    tapi lom kesempatan ...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)